|
Bidang masakan memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian, tidak kira bagi kaum wanita atau lelaki. Ramai yang telah berjaya dalam kehidupan mereka hanya dengan mempunyai kemahiran memasak.
Yasmin Baking Class adalah salah satu di antara beratus-ratus kelas masakan di Malaysia, namun di sini ada beberapa kelainan dan keistimewaan, di antaranya :-
- Bilangan peserta yang kecil dalam satu kelas (12 orang)
- Peserta dilatih secara praktical (hands on)
- Peserta akan mendapat perhatian secara individu
Sepanjang kursus di sini, kami akan mengajar anda apa sahaja yang patut anda tahu bagi memastikan anda mencapai kejayaan cemerlang dalam industri ini.
Bahan-bahan yang digunakan di sini adalah berkualiti tinggi dan HALAL. Dengan peralatan yang moden, beberapa tip praktikal, resepi yang mudah dan tepat, anda pasti boleh memasak seperti chef untuk keluarga anda dengan yakin. Anda akan berasa bangga apabila dapat membuat sendiri berbagai-bagai jenis roti, bun, pastry, puff, pai dan sebagainya yang selama ini anda membelinya di kedai. Apa yang lebih penting adalah ianya 'HALAL dan THOYYIBAH'.
"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya" (Al-Maidah:88)
Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dijangka akan dapat:
- Memahami teknik dan tips dalam 'baking'
- Memahami teknik memilih, membeli dan menilai sesuatu bahan
- Mengamalkan 'baker's math' dengan yakin
- Menghasilkan sendiri produk yang berkualiti
- Mempunyai semangat yang tinggi dalam penghasilan produk makanan HALAL & BERKHASIAT
Kumpulan Sasaran
Kursus ini amat sesuai dihadiri oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan berasaskan makanan, suri rumah sepenuh/separuh masa dan sesiapa sahaja yang berminat.
Mengenai Kursus
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Chef Wazir, Puan Yasmin dan chef-chef jemputan. Mereka akan memastikan para peserta mendapat ilmu secukupnya serta dapat mempraktikkannya apabila pulang ke tempat masing-masing.
Dengan bilangan peserta yang kecil dalam satu sesi pembelajaran, peserta akan berpeluang mendapat perhatian individu dari tenaga pengajar. Peserta juga dapat membawa pulang makanan yang mereka telah sediakan.
Kami menyediakan
- Nota & resepi
- Peralatan dan bahan masakan
- Apron
- Makan tengahari (Simple lunch)
|